Monday, 25 October 2021

Salah Satu Penentu Kemenangan PRN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, umum semua mengetahui yang Negeri Melaka bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri dan tarikh mengundi pada 28 November 2021. Bahang semakin terasa, dan rakyat semakin berteka teki siapakah bakal bakal calon yang bakal bertanding nanti.

Pandangan saya, UMNO itu masih relevan dan sejarah membuktikan bahawa UMNO mentadbir dengan baik di Melaka. Namun untuk mengekalkan prestasi dan imej yang telah tercalar di sebabkan fitnah sedikit sebanyak memberikan persepsi buruk kepada parti UMNO itu sendiri.

Ketidakstabilan politik di Negara kita juga di sebabkan kerakusan ahli politik merebut kuasa, melompat sana sini, keadaan dewan parlimen yang huru hara, memberikan impak negatif juga kepada politik negara. 

Pandangan saya, bagi memulihkan imej di PRU 15 dan PRN pada 28 November ini, adalah dengan meletakkan calon baru dan muda. 

Salah satu sebab, rakyat mula menyampah dengan politik adalah kerana calon calon yang sama dan sudah tidak releven untuk di ketengahkan, sepatutnya di abad 21 ini, elok lah di berikan nafas baru yang lebih gagah, berfikiran modal insan cemerlang dan berarus semasa.

Semoga kejayaan PRN kali ini, milik BN dan seterusnya selama lamanya. 

- Safirul Amar Hj Azmi