Pada 17.Mei.2020 Pemuda Bahagian Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Ayer Molek, menganjurkan program agihan bantuan Kit-Makanan sempena saat getir PKPB di semua cawangan Pemuda UMNO di dalam Dun Ayer Molek, cawangan pendamar juga turut terlibat dalam menyenaraikan 4 pemuda untuk di sampaikan oleh KPUB berupa bantuan kit-Makanan keperluan asas kepada pemuda pendamar.
Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Ayer Molek, En. Zahiruddin Bin Zahari, juga kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Tuan Rohazam Bin Bakar, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian yang hadir bagi mengagihkan, menyampaikan dan menyalurkan bantuan kepada kami di akar umbi.
Bantuan kit-Makanan ini telah di sampaikan oleh KPUB HTJ iaitu Tuan Rohazam Bin Bakar kepada Ketua Pemuda UMNO Pendamar (Pemangku) iaitu Safirul Amar Bin Haji Azmi sebagai wakil kepada pemuda. Inshallah, Terus Berkhidmat, Bangkit kembali, Jalan Terus.
Terima kasih, terus berkhidmat untuk rakyat.




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.