Saturday, 11 July 2020

Sedarlah Wahai Bangsaku

Bangsa Melayu pemalas ? Melayu sebenarnya bukan la pemalas, Bangsa Melayu adalah bangsa yang paling kuat berusaha, jika Melayu itu malas (seperti kenyataan yang di keluarkan oleh Mahathir)saya ingin bertanya kembali, kenapa kuasa terbesar membeli itu terletak kepada orang Melayu? Boleh di lihat dengan gelombang Beli produk Islam (Buy Muslim First) di mana banyak syarikat syarikat besar kaum cina terpaksa gulung tikar dan merayu kepada orang Melayu agar membeli produk mereka. Melayu itu bukan bangsa yang bertongkat pada asalnya, Pandangan sayam Melayu itu tidak di berikan ruang yang secukup nya di dalam bidang perniagaan dan pendidikan, serta berlaku 'diskriminasi' dan penindasan ekonomi kepada orang Melayu.

Nasihat kepada orang politik baik di peringkat Bahagian dan akar umbi, sebarkan info bermanfaat, bantu bangsa Melayu itu dengan pendidikan, dan memberi peluang perniagaan kepada orang Melayu itu sendiri.Menjadi ahli politik jangan bangga dengan jawatan yang di amanahkan, laksanakan program pendidikan yang boleh memberikan pulangan ekonomi kepada mereka. Lihat apa yang bangsa cina buat untuk bangsa mereka ? Dengan kedudukan kewangan mereka yang kuat, mereka sanggup bergolok gadai demi membantu bangsa mereka, itulah yang di namakan persatuan. Mereka bersatu demi menguatkan ekonomi mereka.

Sudah Sudahlah Mujahid

1. Bersungguh-sungguh nampaknya Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa cuba mengambil mileage (keuntungan) politik disebalik pengumuman keuntungan RM1.25 bilion Tabung Haji bagi 6 bulan pertama 2020. Hakikat yang tidak disedari adalah sebahagian besar keuntungan tersebut merupakan keuntungan sukuk UJSB yang masih belum dibayar. Ia hanya untung di atas kertas dan Tabung Haji menanggung risiko amaun ini berkemungkinan tidak akan dibayar selagi mana sukuk tersebut belum dijamin oleh kerajaan.

Kedua, keuntungan ini juga disumbangkan oleh ketiadaan ibadah haji tahun ini. Secara tidak langsung, TH tidak perlu mengeluarkan subsidi sebanyak RM300 hingga RM400 juta seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

2. Tetapi dalam keadaan sebegitupun, prestasi keuntungan Tabung Haji masih jauh ketinggalan berbanding tahun-tahun terakhir pemerintahan BN. Pada tahun 2017, Tabung Haji mencatatkan keuntungan RM3.412 bilion. Keuntungan ini telahpun diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara pada zaman awal pemerintahan Pakatan Harapan.

Adakah keuntungan bagi tahun 2018 dan 2019 yang dibangga-banggakan oleh Kekanda Mujahid telahpun diaudit oleh pihak berkuasa? Jika ya, dimana laporan audit tersebut?


Thursday, 18 June 2020

Terima Kasih Kepada Para Frontliners

Alhamdulillah kita telah ke Fasa PKPP iaitu pemulihan, di kesempatan ini, mewakili seluruh pemuda UMNO Cawangan Pendamar, ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan tahniah kepada Barisan Frontliner (Barisan Hadapan) seperti petugas kesihatan, petugas keselamatan yang berusaha bertungkus lumus merawat, menjaga keselamatan negara ketika perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu. Pengorbanan anda sangat bermakna buat kami. 

Terima kasih kepada anda semua (Barisan Hadapan), tanpa anda semua, sudah pasti virus berbahaya ini akan terus menyerang kami, namun begitu, di dalam tempoh pemulihan janganlah terlalu 'seronok' apabila mendapat pelbagai kebenaran daripada pihak kerajaan, patuhilah SOP yang telah di tetapkan dan sentiasa berwaspada, jangan pandang remeh kerana virus ini masih ada. 

Tuesday, 2 June 2020

Blog Pemuda Berwajah Baru

Salam semua, ini adalah blog rasmi Pemuda Pendamar Dun Ayer Molek, wajah baharu, kepimpinan pemuda yang baharu, lebih segar (fresh) dengan laporan dan aktiviti aktiviti akan datang kelak selepas berakhir arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) nanti. Demi pembangunan Modal Insan, pemulihan dan penyatuan belia dan pemuda pemuda Pendamar, Insha'allah dengan kepimpinan yang baharu, pendamar akan semakin aktif berbanding 5-6 tahun sebelum ini. 

Perjuangan tetap di teruskan demi kampung sebenarnya, tiada agenda tersembunyi dalam berpolitik, semuanya demi kampung Pendamar, kampung yang aktif suatu ketika dahulu di tahun 2007-2012 dengan program program masyarakat seperti pertandingan Bowling tertutup, penyembelihan ayam mengikut hukum syarak dengan kerjasama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka), Pertandingan Memancing tertutup, Sepak Takraw tertutup Pendamar, Program Komputer, Pertandingan Rumah Ceria Aidilfitri  dan banyak lagi.  

Bantuan Kit Makanan Dari Pemuda Bahagian HTJ

Pada 17.Mei.2020 Pemuda Bahagian Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Ayer Molek, menganjurkan program agihan bantuan Kit-Makanan sempena saat getir PKPB di semua cawangan Pemuda UMNO di dalam Dun Ayer Molek, cawangan pendamar juga turut terlibat dalam menyenaraikan 4 pemuda untuk di sampaikan oleh KPUB berupa bantuan kit-Makanan keperluan asas kepada pemuda pendamar.

Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Ayer Molek, En. Zahiruddin Bin Zahari, juga kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Tuan Rohazam Bin Bakar, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian yang hadir bagi mengagihkan, menyampaikan dan menyalurkan bantuan kepada kami di akar umbi.

Aktiviti Kunjung Mengunjung Pemuda Pendamar

Assalamualaikum semua, di kesempatan ini, Pemuda UMNO Pendamar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam, walaupun suasana perayaan di tahun ini berlainan dari yang sebelum di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kemeriahaan dan kegembiraan masih di rasai. Maaf Zahir dan Batin. 

Aktiviti Kunjung Mengunjung Pemuda Pendamar di hari raya pertama walaupun di benarkan walaupun satu hari sahaja, pemuda pendamar mengambil kesempatan dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain, yang keruh di jernihkan. salah dan silap di maafkan, barulah HARI RAYA!