Saturday, 11 July 2020

Sedarlah Wahai Bangsaku

Bangsa Melayu pemalas ? Melayu sebenarnya bukan la pemalas, Bangsa Melayu adalah bangsa yang paling kuat berusaha, jika Melayu itu malas (seperti kenyataan yang di keluarkan oleh Mahathir)saya ingin bertanya kembali, kenapa kuasa terbesar membeli itu terletak kepada orang Melayu? Boleh di lihat dengan gelombang Beli produk Islam (Buy Muslim First) di mana banyak syarikat syarikat besar kaum cina terpaksa gulung tikar dan merayu kepada orang Melayu agar membeli produk mereka. Melayu itu bukan bangsa yang bertongkat pada asalnya, Pandangan sayam Melayu itu tidak di berikan ruang yang secukup nya di dalam bidang perniagaan dan pendidikan, serta berlaku 'diskriminasi' dan penindasan ekonomi kepada orang Melayu.

Nasihat kepada orang politik baik di peringkat Bahagian dan akar umbi, sebarkan info bermanfaat, bantu bangsa Melayu itu dengan pendidikan, dan memberi peluang perniagaan kepada orang Melayu itu sendiri.Menjadi ahli politik jangan bangga dengan jawatan yang di amanahkan, laksanakan program pendidikan yang boleh memberikan pulangan ekonomi kepada mereka. Lihat apa yang bangsa cina buat untuk bangsa mereka ? Dengan kedudukan kewangan mereka yang kuat, mereka sanggup bergolok gadai demi membantu bangsa mereka, itulah yang di namakan persatuan. Mereka bersatu demi menguatkan ekonomi mereka.

Bangsa Cina dan India berlumba lumba mencari ilmu pengetahuan untuk memantapkan lagi ekonomi mereka, sedangkan orang Melayu itu berpolitik, leka dengan politik, leka dengan perjuangan tidak bernoktah tanpa memberi impak yang positif kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Sedarlah wahai bangsaku, janganlah leka di ulit mimpi, belajar lah, mencari ilmu pengetahuan, dalam kesibukan berpolitik biarlah sarat dengan ilmu di dada, sebarkan ilmu pengetahuan yang berguna agar dapat di manfaatkan seterusnya menjana pendapatan dan ekonomi. berikan info yang berguna mengenai peluang peluang perniagaan dan bantuan geran dan sebagainya. Bagaimana mahu membantu melahirkan usahawan melayu yang berjaya ? Ialah ILMU PENGETAHUAN.

Tan Sri Dr. Mohd Ali Bin Rustam adalah satu satunya pemimpin yang menekankan Knowledge Economy kepada anak bangsa di era pemerintahannya, maka terhasillah Inkubator K-Ekonomi, di mana inisiatif itu membantu usahawan baru untuk berkembang dan melaksanakan program ICT percuma di seluruh negeri Melaka. 

Kenal pasti sasaran,  laksanakan pengkalan data di mana untuk mengumpulkan maklumat maklumat penduduk, jika mahu berpolitik jangan syok sendiri, ubahlah cara pimpinan agar orang tidak meluat, jangan ulang kesilapan lama, jangan rasa 'tergugat' apabila ada orang yang lebih baik pemikirannya memberikan pandangan dan idea. Banyak aplikasi percuma dan permainan (games) di internet yang mempu mendekatkan mana yang jauh, menjana pendapatan, dan menarik belia ke arah politik yang sihat. 

Safirul Amar Bin Haji Azmi
Pemuda UMNO Pendamar 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.