Tuesday, 2 June 2020

Blog Pemuda Berwajah Baru

Salam semua, ini adalah blog rasmi Pemuda Pendamar Dun Ayer Molek, wajah baharu, kepimpinan pemuda yang baharu, lebih segar (fresh) dengan laporan dan aktiviti aktiviti akan datang kelak selepas berakhir arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) nanti. Demi pembangunan Modal Insan, pemulihan dan penyatuan belia dan pemuda pemuda Pendamar, Insha'allah dengan kepimpinan yang baharu, pendamar akan semakin aktif berbanding 5-6 tahun sebelum ini. 

Perjuangan tetap di teruskan demi kampung sebenarnya, tiada agenda tersembunyi dalam berpolitik, semuanya demi kampung Pendamar, kampung yang aktif suatu ketika dahulu di tahun 2007-2012 dengan program program masyarakat seperti pertandingan Bowling tertutup, penyembelihan ayam mengikut hukum syarak dengan kerjasama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka), Pertandingan Memancing tertutup, Sepak Takraw tertutup Pendamar, Program Komputer, Pertandingan Rumah Ceria Aidilfitri  dan banyak lagi.  

Semuanya demi pembangunan Modal Insan ke arah Celik IT, sentiasa bercampur gaul, mengadakan aktiviti yang bermanfaat. Niat yang betul itu penting di dalam hala tuju politik terutamanya di akar umbi, menyertai politik tidak boleh mendahulukan kepentingan diri sendiri, 'mengkayakan' dan mengambil kesempatan dalam kesempitan, memecahbelahkan masyarakat hanya di sebabkan politik sempit dan tidak matang akan menjadikan persepsi masyarakat menjadi buruk terhadap pertubuhan politik itu sendiri. Inshallah niat yang baik akan membawa suatu pengakhiran yang baik. Kesilapan dahulu di mana 'melatih' dan mengajak orang yang salah berjinak di dalam politik pemuda, dan akhirnya merosakkan pemuda itu sendiri akibat kerakusan mengejar cita cita sendiri. Allahu.. 

Belajar lah dari kesilapan yang di lakukan sebelum ini wahai pemuda pendamar, jangan terlalu taksub memilih tanpa selidik terlebih dahulu seterusnya melantik orang yang salah yang tidak boleh memimpin, dan tidak mendahulukan kepentingan penduduk kampung.

Program Sepak Takraw Tertutup Pendamar
Pertandingan Sepak Takraw Kampung Pendamar pada tahun 2010 semasa di bawah pimpinan Saudara Fauzi Ali (Ketua Pemuda) dan Safirul Amar Bin Haji Azmi (N. Ketua Pemuda)
Pertandingan Memancing di tahun 2012 

Program Rumah Ceria Aidilfitri 2012
Program Tahunan Rumah Ceria Aidilfitri 
Inshallah, kita bangkit semula, rangka kembali demi kampung Pendamar. Jaga diri, patuhi perintah kawalan pergerakan, ikuti SOP yang di gariskan. Stay Safe and Stay Home. Untuk melihat program yang di lakukan sebelum ini di bawah anjuran Pemuda Pendamar suatu ketika dahulu, bolehlah melayari blog pemuda pendamar yang lama di SINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.